Tweeter button Facebook button Youtube button

Mesyuarat Kakitangan Kali Pertama

Ditulis oleh Zailan Lumak. Dikirim dalam Buletin Januari

Mesyuarat Kakitangan Sekolah Kali Pertama bagi tahun 2012 telah diadakan pada hari ini bermula pada pukul 8.00 malam bertempat di Bilik Gerakan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Albert Andau Paulus Andau, Tuan Pengetua SMK Penangah dan dihadiri oleh semua kakitangan sekolah.

Banyak agenda yang telah dibincangkan dalam mesyuarat malam ini khususnya yang lebih menjurus ke arah sistem pengurusan kerja kakitangan pada awal tahun di samping sedikit sebanyak menyentuh perkara yang berkaitan dengan pemantapan kecemerlangan sekolah pada tahun ini.


Kembali Bertugas Di Penangah

Ditulis oleh Zailan Lumak. Dikirim dalam Buletin Januari

Keadaan cuaca yang agak baik di samping sepanjang jalan menuju ke Penangah agak kurang licin walaupun baru sahaja hujan turun sedikit sebanyak memudahkan perjalanan untuk kembali bertugas di Penangah pada hari ini.


Peratus PMR 2011 Meningkat Lagi

Ditulis oleh Zailan Lumak. Dikirim dalam Umum

Peratus Peperiksaan PMR 2011 bagi SMK Penangah nampaknya meningkat lagi. Berdasarkan analisis sejak tahun 2000, peratus pencapaian PMR 2011 mencatatkan peratus peningkatan paling tinggi. PMR 2011 mencatatkan peratus sebanyak 52.59% iaitu meningkat sebanyak 3.07% berbanding tahun 2010 iaitu sebanyak 49.52%. Gred Purata Sekolah (GPS) pula turut naik sebanyak 0.11 berbanding tahun 2010 iaitu sebanyak 3.19 kepada 3.30 pada tahun 2011.

Dalam kesempatan ini, pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua guru yang secara langsung atau tidak langsung menyumbang ke arah peningkatan ini.

UK Fun Fair Giat Disiapkan

Ditulis oleh Zailan Lumak. Dikirim dalam Umum

Pada ketika ini, UK Fun Fair kelihatan sedang giat disiapkan. Tapak Fun Fair ini dibina ialah pada tapak yang sama iaitu di Bandar Indah, Sandakan. Semestinya apabila Fun Fair ini sudah mula beroperasi, ia akan menjadi satu pusat kunjungan yang akan mengumpulkan ramai orang dan sudah tentu akan mendatangkan keuntungan kepada pemiliknya.


Biar Berkakai Jangan Terkubur Tapi Terkubur Juga

Ditulis oleh Zailan Lumak. Dikirim dalam Umum

Biasanya motto yang akan digunakan oleh para pemandu apabila mengharungi keadaan seperti ini ialah “Biar Berkakai Tapi Jangan Terkubur”. Tetapi puas sudah itu kereta berkakai tidak juga dapat naik akhirnya terkubur juga, maka dengan itu terpaksalah gunakan cara terakhir iaitu tarik guna tali.